Sunday 28 January 2024

Family Road Trip Betong & Pattani, Thailand (10 - 13 Nov 2023)

Salam semua, kali ini nak share family road trip ke Betong & Pattani, Thailand sempena cuti Deepavali tahun 2023. Cuti Deepavali 2022 kami ke Thailand juga tapi ke Hatyai & Songkhla naik sleeper train KTM direct ke Hatyai. Boleh refer blog ini sleeper train Hatyai atau untuk self drive ke Hatyai refer yang ini pula self drive Hatyai

Kenapa nak ke Betong & Pattani, Thailand? Apa ada kat sana? Tak jem ke nak cross border cuti-cuti public holiday ini? Banyak pula soalan…jawapan-jawapannya ada dalam blog ini…jom…

Macam biasa teaser dulu....chalet kami di Pattani

Suasana pekan Betong

Mula-mula kita study dulu sebab tak pernah ke Betong, kalau ke Pattani pernah pergi sebelum ini. Kat mana Betong & Pattani? Ha sila tengok map. Untuk masuk ke Thailand ini ada beberapa border entry. Yang popular Bukit Kayu Hitam (Kedah), Padang Besar (Perlis) dan Rantau Panjang (Kelantan). Kalau border-border ini boleh sesak sampai 3-4 jam nak settlekan urusan Immigration dan Custom lebih-lebih lagi time public holiday ini. Ada juga border lain yang kurang orang dan boleh sampai tahap sepi seperti Durian Burung (Kedah) dan Pengkalan Hulu (Perak). Since kami dah ke Betong, border crossing yang terbaik ialah Pengkalan Hulu sebab tak sampai 10 minit dah sampai Betong. Tapi kalau nak ke Hatyai boleh masuk ikut Durian Burung sebab jarak ke Hatyai dalam sejam lebih je dari border Durian Burung.

Map perjalanan kami...ha jauh tak jauh nak drive

Next kita cari hotel. Macam biasa booking di Agoda melalui shopback untuk dapat cashback untuk setiap booking. Malam pertama kami stay di hotel Grandview Landmark, Betong. Malam ke-2, stay di Forest Beach Resort, Pattani (hotel ini tak boleh booking di Agoda, so kami booking direct di website Forest Beach Resort. Untuk malam ke-3 pula kami tak booking lagi sebab tak decide untuk stay di mana, bergantung pada keadaan nanti.

Hotel Grandview Landmark, Betong

Hotel Forest Beach Resort, Pattani

Hotel dah settle, kita buat preparation untuk transport pula. Trip ini seramai 10 dewasa dan 1 kanak-kanak so kami naik 1 kereta dan 1 MPV. Kami guna 1 HRV dan 1 Starex. Starex kami sewa dengan rate RM2000 untuk 4 hari. Untuk bawa masuk kereta ke Thailand, dokumen yang diperlukan ialah :
a. kereta sendiri - geran
b. kereta sewa / pinjam - geran, letter authorization, copy IC owner

Pastikan kereta dalam keadaan yang baik, kalau belum servis sila servis kereta dulu.

Kenderaan road trip kami (bukan lori siput tu ya)

Geran kereta seeloknya bawa yang original, kalau salinan kena sahkan di balai polis terdekat. Copy IC owner pun perlu disahkan di balai polis jika kereta pinjam atau sewa. Insuran kenderaan di Thailand juga perlu diambil jika nak bawa masuk kereta di Thailand. Insuran kami ambil dengan ANF Sevice. Request awal secara whatapps dan nanti ambil di office ANF sebelum masuk ke border. Kami request sekali untuk white card. Rate insuran ialah RM40 per car dah white card RM5 per person. Kalau nak ambil secara walk in pun boleh, banyak kedai-kedai sepanjang jalan sebelum cross border. Kami book awal (book waktu dalam perjalanan) untuk jimatkan masa, sampai je terus ambil document yang dah ready.
 
Duit jangan lupa tukar, kami tukar terus sebelum masuk Thailand sebab malas nak cari money changer di sana dan kadang-kadang rate pun mahal. Kalau ada wise card atau kad kredit pun mudah cuma kena standby cash juga sebab ada kedai tak accept kad. Kadar tukaran waktu kami tukar ialah 1000 baht = RM 1330.

Duit Baht pelbagai nilai

Jangan lupa universal adaptor sebab, plug point di sana berbeza dengan kita, tapi sekarang banyak hotel yang sediakan plug point yang universal. Just standby in case takde, nanti tak dapat pula nak charge phone.

Plug point Thailand

Sim card kami beli dengan Insuran ejen dan di hotel dengan harga lebih kurang RM25 - RM30. Area wilayah selatan Thailand ini tak boleh roaming dengan network kita so memang kena beli sim card Thailand. Ok kalau semua dah ready jom road trip ke Thailand.

Day 1 (10/11/2023): Melaka - Pengkalan Hulu - Betong
Hari kejadian pun telah tiba, dengan 2 kereta kami bergerak dalam jam 3 pagi dari Melaka. 1 kereta dari Kulai dah tidur 1 malam di Melaka dulu. 1 kereta akan stop di Kajang untuk pick up adik & isterinya. Masing-masing kereta gerak sendiri dan plan jumpa di Kuala Kangsar untuk breakfast bersama je nanti. Plan nak ke 'Breakfast By The River Kuala Kangsar' untuk breakfast tapi tutup pula. So kami singgah je mana-mana kedai yang dijumpai waktu di Kuala Kangsar. Breakfast ala kadar dan ringan-ringan je. Lepas breakfast lebih kurang jam 10 pagi, kami terus gerak ke Pengkalan Hulu yang ambil masa lebih kurang 2 jam dari Kuala Kangsar.

Breakfast dulu di random kedai yang jumpa di Kuala Kangsar

Kami tiba di Pengkalan Hulu dalam jam 12 tengahari, first sekali settle kan urusan cop pengesahan dokumen sebab bawa kereta sewa. Perlu cop pengesahan untuk salinan geran dan salinan IC owner. Mula-mula kami stop di Ibu Pejabat Polis Pengkalan Hulu tapi rupanya kena ke Balai Polis Air Panas untuk pengesahan salinan. Balai Polis ini dah tak jauh dah dari border. Lepas settle cop polis, kami kembali ke pekan Pengkalan Hulu untuk ambil insuran kereta dan white card yang telah dibook tadi. Pastu kami ke station Petronas untuk isi minyak penuh-penuh sebab minyak di Thailand jauh lebih mahal.

Mula-mula stop sini tapi salah balai

Balai polis yang betul untuk cop pengesahan dokumen

Ready kan dokumen-dokumen yang perlu....termasuk RM2 tu...

Banyak je kedai-kedai jual Thailand insuran sebelum border point

Settle semua, jom ke Thailand. Border crossing tak jauh dari pekan Pengkalan Hulu, 10 minit je dah sampai. Tiba di Immigration complex, as expected tak ramai orang. Macam biasa lalu Immigration Malaysia dulu, tak perlu turun dari kereta just hulur passport je. Then terus drive ke Immigration Thailand. Parking kereta dulu, semua turun dan beratur di kaunter. Di Betong Immigration ni still kena selitkan RM2 dalam passport, ada border yang tak perlu lagi. Dokumen kereta TM2 & TM3 terus je bagi pada kaunter Immigration yang sama. Ada border macam Rantau Panjang kena ke kaunter lain untuk urusan kereta. Selesai urusan Immigration, kena hantar form TM2 & TM3 ke kaunter Custom dan kena bayar RM3. Urusan sangat pantas tak sampai 15 minit semua settle dan jom golek tayar ke Betong Thailand.

Kompleks Immigration Malaysia Pengkalan Hulu

Gate border Malaysia - Thailand

Parking dulu untuk cop passport dalam building tu

Drive thru laluan ini dan dropkan dokumen kereta pada Kastam Thailand

Betong pekan kecil je dengan landmark clock tower di tengah-tengah pekan. Masuk pekan dah nampak lah tipikal suasana di Thailand dengan wayar elektrik yang berselirat. Pekan ini takde lah busy sangat. Perut masing-masing dah lapar, jom kita cari makan.

Sawadikap dah sampai Betong

Masjid Betong

Suasana pekan Betong, clock tower di hadapan

Common view di Thailand

Kami lunch di Hantana Cafe. Cafe yang selesa dan banyak pilihan makanan. Rambang mata. Kami pilih set 2500 baht yang sesuai untuk 10-11 orang dan juga beberapa lagi makanan tambahan. Alhamdulilah masing-masing kekenyangan dan makan sedap-sedap. Recommended untuk sesiapa yang tiba di Betong.

Lunch di sini...Hantana Cafe (Muslim Owner)

Selesa dalam cafe...time ini kami sefamily sahaja

Yeah food dah sampai...

Sedap udang goreng tepung ni

Makanan lagi....Alhamdullilah

Busy semua makan....

Dah makan kita ngeteh pula

Best green tea ni...

Next, kami terus ke hotel untuk check in dan berehat maklumlah dah 12 jam perjalanan, gerak dari Melaka jam 3 pagi tadi. Petang ini masing-masing berehat je.

Check in time

Ok pilih bilik masing-masing

Bilik selesa...rehat dulu

Malam lepas maghrib lebih kurang jam 7.00 malam, kami naik tuk-tuk untuk ronda-ronda pekan Betong. Tuk-tuk muat untuk 11 orang dan bayaran tuk tuk 400baht utk 1 tuk-tuk.

Bos dah tunggu di lobi...mana yang lain tak turun ni...

Nak ikut time Malaysia ke Thailand?

View hotel waktu malam

Tuk-tuk dah sampai jom naik...

Ok dah penuh jom jalan...

Destinasi pertama tuk-tuk stop di tengah pekan, kawasan ini ada pasar malam dan banyak local street food. Sebab masih kenyang kami beli serba sedikit makanan (akhirnya banyak juga). Di pasar malam ini banyak makanan halal tapi kena beli terus sebab cepat habis. Macam kami jalan-jalan survey dulu bila nak beli dah habis.

Pasar malam di area clock tower

Jom survey apa yang ada

Sata

Sate

Antara gerai yang ada

Ini pun sedap...beberapa kali repeat beli

Pulut mangga mestilah wajib bila di Thailand

Ini pun wajib...pancake pisang....semua lah wajib haha

Next, tuk-tuk stop kan kami di kawasan Betong Tunnel. Ambil gambar sekeping dua dan jalan-jalan kawasan gerai di situ. Takde beli apa-apa. Sempat jugalah kami bergambar di tugu ayam antara landmark di Betong ini.

Kita ke tunnel pula

Ke tepi ada tuk-tuk nak lalu

Ok selamat melintas nak ambil gambar

Pasar area tunnel

Ada jual aiskrim...

Bergambar dengan ayam Betong

Next, kami balik ke hotel je. Letak barang di lobi pastu sambung shopping di 7E yang berhampiran di hotel. Aktiviti wajib memborong di 7E kalau bercuti di Thailand ini.

Aktiviti wajib...shopping di 7E

Malam itu, kami makan di bilik dan tidur awal sebab esok ada aktiviti dan perjalanan yang agak jauh ke Pattani pula. Good night Betong.

Day 2 (11/11/2023) : Betong - Pattani
Good morning Betong. Hari ini kami akan ke Skywalk Aiyerwong Betong dengan harapan dapat lah tengok karpet awan di atas bukit. Kami gerak sejurus lepas subuh sebab jarak ke sana hampir 1 jam juga. Pihak hotel ada offer juga untuk carikan tuk-tuk untuk ke sana dan biasanya akan gerak lebih kurang jam 3 pagi untuk lihat sunrise. Tapi kami decide untuk pergi sendiri je dan pergi lepas subuh lebih mudah. Tak sanggup rasanya nak naik tuk-tuk gelap dan sejuk di dinihari.

Panaskan enjin dulu

Jom ke Skywalk

Kami pergi naik 1 starex je sebab muat dan jimat (ada 2 orang tak ikut & tidur di bilik). Kereta tak boleh sampai ke Skywalk Tower dan kami parking kereta di kawasan yang disediakan. Untuk ke tower boleh berjalan kaki atau naik motor. Sebab tak tahu berapa jauh lagi so kami naik moto dengan bayaran 20baht seorang.

Parking kereta di sini

Sambung naik motor pulak...don't worry ada rider perempuan untuk ibu-ibu

Tiba di Skywalk Tower suasana agak berkabus dan orang juga agak ramai sebab masih awal pagi tapi kami beratur tidak lama dan sudah boleh masuk ke tower. Untuk naik ke tower, tiket 200 baht seorang dan kena beli sarung kasut 30 baht. Tower agak tinggi lebih kurang 6 tingkat. Yang larat boleh naik tangga je macam kami…kalau tak larat lift pun ada hehe. Tiba atas suasana masih lagi berkabus dan tiada rezeki kami nak lihat awan karpet tapi kami still enjoy dan pengalaman baru. 

Ini lah Sky Tower yang kita nak naik...

Panjang juga sky bridge dia...

Bergambar di bawah skywalk

Di Sky Tower tak ingat level berapa...

Kabus je tak nampak apa...

Jom ke Sky Walk...ada glass floor hujung tu....

Model kasut pink 30 baht

Geng kasut pink 4 orang

Gayat ke tu?

Masih berkabus...tak nampak view gunung / hutan

Bila matahari dah naik nampak lah sikit awan nano

Dah puas di atas tower dan perut pun dah lapar, kami breakfast di cafe sebelah skywalk tower. Ada nasi pulut ayam, nasi minyak ayam, dimsum, bubur dan nasi kerabu. Untuk minuman pula macam biasa ada macam-macam dan Thailand kan terkenal dengan Thai Tea dan Green Tea. Alhamdullilah semua kenyang dan breakfast pun sedap.

Ada kedai makan halal sebelah Sky Tower

Breakfast nasi pulut ayam goreng....nyaman

Dim sum pun ada tapi tak boleh lawan Hatyai punya

Ok bye Sky Tower...nak naik motor ke jalan kaki?

Jalan kaki ke kereta lah...exercise sikit dah makan pulut

Ini expectation view kalau cuaca baik....

Dah kenyang, jom balik hotel untuk check out. Perjalanan lebih kurang 40 min dengan jalan kelok yang berliku-liku nasib baik tak ada yang muntah. Tiba di hotel masih sempat berehat lagi dan kami check out jam 11.30 pagi. Lepas check out kami meneruskan perjalanan ke Pattani. Jarak agak jauh lebih kurang 3 jam kalau non stop. Dari segi mileage tak berapa lebih kurang tapi jalan kelok 100 itu yang membuatkan masa agak panjang.

Jalan berkelok-kelok

Banyak road block macam ini di wilayah selatan Thailand

dan yang macam ini tapi biasa ada askar jaga

Singgah masjid ada sekolah agama, comel-comel tapi yang pandai cakap Melayu sorang je..

Singgah 7E cari stok makanan

Lunch depan 7E di petrol station je...

On the way ke hotel Pattani, kami sempat singgah melawat Replika Al-Quran Gergasi di Yala.

Bergambar dengan replika Al-Quran gergasi

Selfie sikit baru cukup korum

OOTD sikit sebagai kenangan

View belakang Al-Quran gergasi

Ok jom Bangkok....eh silap..jom Pattani

Next, kami terus ke Forest Beach Resort Pattani yang lebih kurang jarak 1 jam dari Replika Quran tadi. Hotel ini cantik dengan view lautnya. Alhamdullilah. Rate bilik lebih kurang RM230 untuk weekend.

Jom check in

Bilik mak abah & anak bujang

Ambil angin petang Laut Siam

Dah nak maghrib

Pokok kurma di tepi pantai

Belanja video chalet sikit

Selepas maghrib, masing-masing dah lapar jom kita cari tomyam pattani. Mula-mula plan ke Banlay Seafood yang viral tapi tiada rezeki sebab dah full. So kami ke kedai Krua Madam Seafood yang tidak jauh dari situ. Pernah ke kedai ini dulu waktu 1st trip ke Pattani dulu. Ok dan sedap juga kedai ini. Alhamdullilah.

Lepak tunggu makanan dulu

Antara makanan yang sempat bergambar

Ada port lepak ambil angin sambil tunggu makanan

Lepas dinner, kami ke Green Market. Saja jalan-jalan tengok sebab masih kenyang. Pasar yang meriah dengan pelbagai makanan tempatan ada.

Jom night market

Suasana tempat makan night market

Ringan-ringan beli aiskrim je

Buat rasa-rasa beli sotong bakar sikit

Lepas cukup steps pusing-pusing Green Market, kami balik ke hotel yang jaraknya lebih kurang 30 minit dari Green Market. Malam itu kami tidur dengan alunan bunyi ombak. Terapi dan healing. Good night Pattani.

Day 3 (12/11/2023): Pattani-Betong-Pengkalan Hulu-Ipoh
Last day di bumi Thailand, pagi kami keluar sambil menikmati sunrise, berjalan-jalan di sepanjang pantai sambil mencari breakfast.

Good morning Pattani

Pasangan pengantin baru

Layan sunrise

Tengok matahari naik

Abah ambil angin laut pagi hari

Layan ombak tengok laut dapat pahala

Jom jalan cari breakfast

                                                               Belanja video sikit

Setelah 10 minit berjalan sepanjang pantai akhirnya jumpa satu stall motor makcik Pattani yang jual makanan. Banyak juga orang tempatan yang beli di situ. Macam-macam ada seperti nasi dagang, nasi berlauk, pulut ayam, kuih muih tak tahu nama, solok lada, pengat dan pelbagai jenis sampai rambang mata. Banyak yang kami ambil dan kos breakfast lebih kurang 400 baht. Kami breakfast depan bilik sambil tengok view laut.

Jumpa stall breakfast

Macam-macam makanan tempatan ada dijual

Ini breakfast kami....rambang mata memilih

Breakfast by the beach

Lepas breakfast acara bebas, ada yang berehat, ada yang main pasir, ada yang buat tiktok. Jam 10.30 pagi kami check out sebab jauh perjalanan hari ini.

Ada yang main pasir

Ha kan dan kena timbus.....healing katanya

Baba pulak kena tanam

Ada yang healing tengok laut

Family photo sebelum check out

Kat pokok kurma tepi pantai pulak

Bye Forest Beach Resort....ada rezeki datang lagi

Ok jom balik Malaysia...

First destination, kita stop Masjid Kerisik masjid lama yang penuh sejarah dan pernah berlaku tumpahan darah pergolakan wilayah selatan. Agak ramai orang di masjid ini dan pastinya rombongan dari Malaysia lah.

Bergambar di depan Masjid Kerisik

Antara masjid tertua di Asia Tenggara yang diperbuat dari bata merah, beras & telur

Bersama dengan kanak-kanak tempatan yang menerangkan sejarah masjid

Panas-panas kita beli air kelapa & aiskrim kelapa

Dalam botol itu air kelapa ya bukan air mineral

Zoom sikit aiskrim kelapa 50baht...memang sedap

Beli rojak buah pulak area masjid

Next, kita ke Pasar Pattani pula. Pasar ini buka selepas subuh sehingga zohor. Kami sampai sudah tengahari dan banyak kedai yang tutup tapi sempat juga kami bershopping sikit.

Masuk pekan mesti ada check point askar

Jom gi Pasar Pattani

Kedai-kedai dalam pasar....macam Pasar Payang & Pasar Siti Khadijah

Jom round lagi cuci mata

Macam-macam makanan

Suasana dalam pasar

Pelbagai kuih muih tak tau nama

Kami beli telur masin yang dah siap direbus....sedap

Next, kami ke Masjid Sentral Pattani untuk tunaikan kewajipan. Masjid yang cantik dan besar ala-ala Taj Mahal.

Cantikkan masjid ini

Zoom sikit baru nampak orang

Seterusnya masa untuk pulang ke Malaysia. Bye-bye Pattani tak puas sebenarnya 1 malam di sini, InshaAllah nanti datang lagi. Perjalanan ke Betong ambil masa 3 jam tapi akan singgah lunch di Santai Budaya Yala. Kedai yang best juga dan harga berpatutan.

Jom balik ke Betong

Macam biasa lalu check point

Nak gi mana ramai-ramai ni?

View yang akan dirindui

Dah sampai kedai makan Santai Budaya

Set talam 800 baht - talapia bakar, belut, sup ayam kampung, udang petai, ulam-ulam

Sedang menjamu selera

Air green tea & air bunga talang

Lepas makan, kami sambung lagi perjalanan yang berbaki 2 jam untuk ke Betong. Kena lah lalu jalan 100 kelok. Tiba di Betong hari sudah gelap. Baht ada lagi so apa kata kita shopping lagi. Kami ke kedai Route 410 kedai yang popular di kalangan rider.

Pelangi petang di Betong

Cafe Amazon yang popular di Thailand

Kedai popular di Betong

Jual T-shirt, sticker, magnet, barang-barang rider

Jom balik Ipoh lepas ini...dekat je

Last stop shopping kami ke Plaza Betong. Sekejap saja kami di sini, beli barang sikit sempat lagi shopping di BigC. Border tutup jam 10 malam so masih sempat lagi. Kami tiba di Immigration Betong dalam jam 8.00 malam. Urusan sangat pantas tak sampai 10 minit selesai. Jangan lupa ya kembalikan dokumen TM2,TM3 kereta di Custom booth kalau tak nanti kena denda bila nak masuk semula.

Last stop BigC & Plaza Betong

Mahal ke murah? Survey-survey je tak beli pun

Welcome back to Malaysia. Kami tiba di Pengkalan Hulu dulu dalam jam 9.30 malam. Malaysia kena tambah sejam dari masa Thailand. Isi minyak full tank. Malam ini kami akan stay di Ipoh. Dah book apartment 5 bilik di Ipoh Concept Hotel. Jarak dari Pengkalan Hulu ke Ipoh dalam 3 jam juga. Jalan Pengkalan Hulu ke Kangsar agak gelap dan hutan sekeliling.

Welcome back...dah sampai Immigration Malaysia

Alhamdullilah kami selamat check in di Ipoh jam 12.30 malam. Malam itu masing-masing makan makanan yang dibeli di 7E Thailand je. Selesai roadtrip kami 3h2m ke Betong dan Pattani Thailand. Walaupun short trip rasanya puas juga makan-makan dan shopping 7E sambil menikmati view dan suasana di wilayah selatan Thailand ini. InshaAllah ada rezeki boleh pergi lagi.

         Share sikit video laluan 100 kelok Betong ini...kalau naik motor lagi best

Esoknya kami pulang ke sarang masing-masing dari Ipoh. Selesai road trip sejauh lebih kurang 1700KM pergi balik. Alhamdullilah harap blog ini membantu sesiapa yang berminat untuk ke Betong dan Pattani secara self drive.