Saturday 23 December 2017

Medan - Danau Toba Trip 21-24 Sept 2017

Salam semua, kali ini nak cerita tentang percutian keluarga ke Medan, Indonesia. Trip ini disertai oleh family sebelah En. Suami yang terdiri daripada 18 orang (12 dewasa & 6 kanak-kanak). Sudah menjadi acara tahunan En. Suami membawa keluarganya bercuti, so destinasi pilihan kali ini ialah ke Medan. Kenapa ke Medan ya? Kalau ikutkan saya dan En. Suami telah pernah ke Medan dan Danau Toba kira-kira 7- 8 tahun yang lepas. Biasanya kami jarang bercuti ke tempat yang sama 2 kali kecuali Krabi dan Aceh je yang pernah pergi 2 kali.
 

 
Medan dipilih sebab :
 
  • Cost all in trip per person kurang daripada RM1000 (kos sebenar dalam RM700 lebih untuk seorang)
  • Duration trip yang tidak panjang iaitu 4hari 3 malam, so tak perlu nak apply cuti banyak-banyak. Cuti pun dah nak habis sebenarnya. Kali ini ambil kesempatan cuti Awal Muharam so ambil cuti 1 hari saja. 
  • Itinerary trip yang relax sebab bawa warga emas dan kanak-kanak. Peserta trip terdiri daripada semuda usia 2 tahun dan sesenior usia 76 tahun (nenek).
  •  Flight hour yang pendek iaitu sejam.
  •  Dan yang pastinya sebab Lake Toba itu sangat indah dan mendamaikan.
 

 
Persediaan percutian dibuat dalam sebulan sebelum tarikh berlepas. Bukan senang nak dapat kumpul ramai-ramai itupun ada lagi adik beradik En. Suami yang tidak dapat join sekali. So far, ground pakej yang paling murah ialah RM 540 (dewasa) daripada Trip Murah Agency.
 

 
Itinerary lawatan seperti berikut.
Day 1 : Medan - Berastagi
Day 2 : Berastagi - Parapat
Day 3 : Parapat - Danau Toba - Medan
Day 4 : Medan - KL

 
Selebihnya layan je lah gambar ya.

 
Airport Kuala Namu. Airport baru ni..dulu datang airport lama.
Ahli rombongan bergambar kenangan di Sipiso Piso Waterfall.
 
Tu dia Sipiso Piso.
 
 Tempat shopping di Sipiso Piso.
Stop di Simarjarunjung sewaktu perjalanan ke Danau Toba.
Boleh minum teh halia & makan goreng pisang di sini.
Ada port bergambar di sini.
 Lake Toba yang indah & tenang.
Ha tinggi tak?
Masjid di Parapat. Solat Jumaat di sini.


Lorong shopping di Parapat.
Menu nasi padang. Setiap kali makan macam ni...macam-macam lauk ada.
Stay di Danau Toba Cottage.
View Lake Toba daripada hotel.
Bot ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Lake Toba.
Tekun dengar briefing daripada Pemandu Pelancong di Pulau Samosir.
Melawat Tomok di Pulau Samosir. Horas....

Ole-ole dari Medan. Sedap juga baulu ini.






Last sekali...video yang bapa mertua buat...dia lagi advance dari saya...pandai buat video.



Ok itu saja laporan ringkas lawatan ke Medan kali ini. Lawatan yang singkat tapi enjoy...




Monday 4 December 2017

Day 4 : Nelson Bay - Sydney - KL (13 May 2017)

Hari ini merupakan last day di bumi Sydney. Flight balik ke Malaysia jam 9.25 malam. So ada seharian lagi bole explore. Plan untuk hari ini adalah whale watching boat cruise. Tiket dah beli secara online dengan harga AUD40 per person. Boat time pada jam 11.00 pagi. Selepas breakfast nasi goreng telur yang dimasak sendiri, kami terus check out, letak barang dalam kereta dan terus jalan kaki ke boat terminal. Antara sebab stay di The Nelson Resort ini sebab walking distance je ke boat terminal. So jimatlah duit parking.

Stay di sini last night di Sydney

Waktu tiba di boat terminal, keadaan agak meriah walaupun baru jam 10 pagi. Banyak boat cruise dan aktiviti yang boleh dipilih. Flea market pun ada di tepi pantai. Waktu dah hampir jam 11 pagi so kami terus ke boat. Ramai juga dalam trip ini lebih kurang 50 orang. Cruise mengambil masa selama 3 jam sebab kira macam whale hunting lah. Sebenarnya whale season baru je bermula so tak guarantee dapat tengok whale. Biasanya end May baru 99% guarantee untuk tengok whale. Tapi kami mencuba nasib je mana lah tau ada whale yang muncul tapi yang pasti dolphin dapat tengok sebab memang banyak di perairan Nelson Bay ni.
Meriah Flea Market


Boats


Bestnya ada bot

Boat Captain bawa ronda-ronda tengok dolphin dan seal tapi malangya whale tak muncul tiba. Waktu end of tour, boat operator bagi tiket free untuk next trip sehingga lah jumpa whale tapi valid untuk 6 months je. Kami pun ambil juga lah tiket tu walaupun tahu mustahil untuk kembali ke Sydney dalam jangka masa terdekat ini.

Nampak tak?


Cari seal

Seal atas batu - menyorok

Kecewa tak dapat jumpa whale


Selepas turun dari boat, kami ambil kereta dan drive cari port untuk lunch bekalan yang dimasak tadi dan solat sekali. Setelah pusing-pusing jumpa satu taman dan stop di situ. Setelah selesai urusan, kami teruskan perjalanan ke airport. Kena tiba di airport dalam jam 6 petang. Alhamdullilah selamat tiba di airport, pulangkan kereta, pocket wifi dan check in.
Masa untuk pulangkan kereta di Sydney Airport


Kami selamat tiba di KLIA jam 4 pagi esoknya, perjalanan berjalan lancar tidur je dalam flight. Maka berakhirlah percutian singkat ke Sydney.  Pengalaman yang baru di bumi Sydney. Kali ini kami tak jumpa kangaroo dan koala sebab dah jumpa di Perth dulu.Yang penting semua happy dan selamat. Sempat juga tapau coffee Dare untuk bawa balik Malaysia.
Borong bawa balik Malaysia

Day 3 : Katoomba - Sydney City (12 May 2017)


Hari ke 3, check out dari Elizabeth's Flat Katoomba dan akan ke Sydney city. Jaraknya lebih kurang 2 jam drive. Pagi macam biasa, kami masak dulu habiskan stok yang ada. Siap masak bekal untuk lunch di Sydney nanti. Check out lebih kurang jam 11 pagi dan terus ke Sydney. Bye Katoomba, bye Blue Mountain ada rezeki nanti datang lagi.


Tiba di Sydney city, kami parking kereta di Paddy's Market. Hay's Market ni memang popular di kalangan pelancong Malaysia especially untuk beli souvenir. Untuk sightseeing di Sydney City kami beli tiket bus hop on hop off secara online dengan harga AUD230 untuk 5 orang. Agak mahal juga tapi mengenangkan tiket parking yang mahal di sekitar Sydney kami pilih je bus HOHO ni. Boleh je naik public transport tapi pergi dengan parents so pilih yang lebih selesa dan tidak perlu nak berjalan banyak. Actually agak berbaloi juga bus HOHO ni kalau fully utilize dan jika ada banyak masa.

Kami naik bus HOHO ini di  bus stop nearby Paddy's Market area. Maka sightseeing dari dalam bus pun bermula. Tidak banyak point yang kami stop sebab kesuntukan masa, nak kejar masa untuk solat dan shopping di Paddy's Market. Kami cuma stop di area Harbour Bridge dan Opera House je. Nak kena Bondi Beach pun tak sempat.


Entrance to Paddy's Market

Tunggu HOHO

BerHOHO

Stay dalam bas je ke?

Berselfie background Harbour Bridge

Background Sydney Opera House pula

Apa ni?

Langit dah gelap nak hujan

No caption....hehe


Selepas sightseeing bus HOHO, kami kembali semula ke Paddy's Market. Pergi ke kereta, makan bekalan dan solat jamak asar zohor di sebelah kereta je. Selesai urusan, masuk semula ke Hay's Market untuk beli some souvenirs. Ada macam-macam Australian souvenirs ada dijual di sini.
Sempat ambil gambar ni je


Selepas puas shopping, next destination ialah Nelson Bay di Port Stephen. Jarak agak jauh dari Sydney iaitu lebih kurang 2 jam 30 minit drive. Di Nelson Bay, kami check in di Nelson Resort. Tiba di hotel lebih kurang jam 9 malam. Tiba di reception tapi dah tutup pula. Terus call number pada booking slip nasib baik ada yang jawab. Then, dia bagi instruction suruh self collect room key dalam safe deposit di tepi area reception.  Macam itulah style kebanyakan hotel di sini especially yang check in after 7pm. Selepas dapat kunci terus masuk bilik. Kali ini apartment 2 bilik. Masak untuk dinner, rehat, packing barang sebab esok nya dah nak balik Malaysia dan tidur lah.

Day 2 : Scenic World Blue Mountain (11 May 2017)

Hari ke-2 ini program agak santai. Pagi masak dulu untuk breakfast dan rebus ketupat segera untuk lunch nanti. After breakfast, drive ke Scenic World Blue Mountain yang tidak jauh dari homestay. Kurang dari 10 min dah sampai. Tiket sudah dibeli online dengan harga AUD199.50 untuk 5 orang.


All day pass ini boleh guna sepuas-puasnya untuk naik cable car, skyway dan train. Trainnya unik sebab among the steepest train in the world. Mula-mula naik kecut juga perut sebab tak biasa dengan aktiviti yang merembeskan adrenalin macam itu. Tapi train itu tidaklah selaju roller coaster cuma agak curam je. Tiba di sana agak awal pagi, so tak ramai lagi orang. Taknak cerita panjang so layan je lah photos di Blue Mountain ini.

Entrance to Scenic World Blue Mountain
School trip

Exercise sikit

The steepest train katanya

Nampak tak belakang tu?

Cable Car


Sky Way
Three Sisters di belakang tu



Selepas puas berjalan-jalan di Blue Mountain, hari masih awal lagi. Google tengok apa lagi yang menarik. Jumpa  apple farm yang jaraknya lebih kurang sejam dari Blue Mountain iaitu di Bilpin. Kalau ikut season apple picking macam dah habis tapi hari itu cuba nasib jugalah mana tau kalau lagi apple picking activity lagi. Teringin juga nak bergambar di pokok apple. Tapi malangnya bila tiba di Bilpin apple dah habis season sebab dah nak dekat winter. Yang ada jual buah-buah yang sudah dipetik. Selepas beli apple sebaldi, terus gerak balik ke homestay dan singgah di Coles beli seafood untuk dimasak makan malam.


Lelong
Balik homestay, makan nasi impit dengan sambal seafood (late lunch). Selepas makan, round-round pekan Katoomba shopping di Big W. Beli correlle lah apa lagi. Malam balik dinner dan tidur...

Sambal Seafood in the making

Yeah dinner

Shopping Correlle...AUD 89 for 16 pcs set