Monday 4 December 2017

Day 1 : Sydney Airport - Sea Cliff Bridge - Kiamma - Katoomba (10 May 2017)

Setelah urusan di Airport selesai, kami pun memulakan lah pengembaraan di bumi Sydney ini. First destination akan stop untuk menikmati pemandangan laut di Sea Cliff Bridge. Sea Cliff Bridge ini adalah tempat yang cantik semasa dalam perjalanan ke Kiamma. Jauhnya lebih kurang 1 jam daripada airport. Kami tiba di bridge dalam jam 1 tengahari. Kalau di Malaysia time itu memang dah panas terik tapi alhamdullilah cuaca di Sydney nyaman, sejuk dan agak berangin so boleh lah kami stop untuk bergambar dan makan-makan roti.

Sea Cliff Bridge




Selepas itu, kami bergerak ke Wollongong untuk ke Omar Mosque di sana. Tiba di sana, mosque itu berkunci pula. Bagi salam tapi takde pula orang yang jawab. So google cari nearby mosque area Wollongong. Jumpa satu lagi mosque dan kami bergerak ke sana. Malangnya, berkunci juga. Kunci guna keylock. Local people yang tahu password boleh lah masuk tapi tak jumpa umat manusia pun di situ. Kami pun decide untuk stop solat di mana-mana tempat yang sesuai.


Omar Mosque, Wollongong - berkunci pula

Kalau ikut plan, nak lunch di Wollongong sebab ada beberapa restoran halal area sana tapi since kenyang lagi dah makan roti so kami terus ke Kiamma. Sebelum ke Kiamma stop sekejap di petrol station beli our favourite coffee 'Dare'. Memang dari Malaysia dah plan nak minum coffee 'Dare' ini puas-puas. Waktu nak bayar, sembang sekejap dengan cashier tu sebab nametag dia nama Ali. Dia kata mosque area situ memang berkunci sejak banyak kes anti-muslim di Australia.

Favorite coffee bila di Austalia




Selepas lebih kurang 30 minit drive, akhirnya kami tiba di Kiamma. Tempat yang dituju adalah blowhole dan lighthouse area. View memang cantik dan tenang. Tengok blowhole tempat air laut naik setiap kali ombak datang. Setelah puas di Kiamma, kami pun meneruskan perjalanan ke Katoomba. Perjalanan agak jauh lebih kurang dalam 2 jam lebih. Waktu itu dah petang dan magrib masuk awal lebih kurang jam 5. Maksudnya kami kena lah stop di mana-mana untuk solat jamak zohor asar sebab tak sempat tiba homestay di Katoomba nanti.

Emak & Abah berbackground kan blowhole & lighthouse

Blowhole

Alhamdullilah tiba di sini

Tak tahu nama burung ni

So selepas masuk highway, nampak ada satu rest area. RnR di sini tak macam tempat kita yang meriah. Kami stop di situ, ada toilet dan satu gazebo kecil. Kawasan itu macam sunyi dan takde orang lain so boleh lah kami solat dengan aman.
Solat sini je


Selepas solat, perjalanan diteruskan ke Katoomba. Kami akan tidur 2 malam di Katoomba iaitu di Elizabeth's Flat. Booking melalu Agoda dengan rate AUD360 untuk 2 malam. Nama je flat tapi tak macam rumah flat pun. Rumahnya dua tingkat dan kami dapat rumah yang di bahagian bawah. 

On the sebelum tiba di Katoomba, kami singgah beli groceries. Beli telur, sayur, buah and etc. untuk bekalan memasak nanti. Tiba di Elizabeth's Flat hari dah gelap walaupun baru jam 7 malam. Biasa lah pergi dah nak dekat winter siang memang pendek. Waktu check in, tuan rumah takde sebab dia pergi oversea so dia just tinggalkan kunci dalam safe keybox dipintu. Password dia dah inform dalam email.

Elizabeth's Flat - Photo hari selepas sebab sampai je dah gelap

Siap ada fireplace tapi tak tahu nak guna

Rumah ini ada 2 bilik beserta dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang besar. Malam itu kami masak sendiri dan buat macam rumah sendiri. Selepas makan, rehat dan apa lagi tidur lah. Berakhirlah hari pertama yang panjang dah Katoomba sangat sejuk malam itu sehingga ke 3c. Nasib baik tilam ada heater boleh lah kami tidur dengan nyenyaknya.
Dapur yang besar boleh masak-masak

Sabun thoharah jangan lupa - guna tanpa was-was

Dinner masak sendiri lagi best
Heater di tilam. Best tidur


No comments:

Post a Comment